20 September 2008

Bersahur Bersama TG Menteri Besar

Pagi 20 Ramadhan (sebentar tadi) saya berkesempatan bersahur bersama dengan Tuan Guru Menteri Besar di Masjid Al-Ahmadi mukim Tebing Tinggi yang terletak di dalam DUN Chempaka.Tuan Guru juga merupakan ADUN Chempaka
Program ini adalah merupakan program 'Jelajah Lailatul Qadar' yang mana diadakan 10 malam akhir dimasjid ini. Bermula jam 4 pagi, lebih 70 orang jemaah Qaryah yang hadir dimulai dengan solat-solat malam. Ketibaan Tuan Guru Menteri Besar tidak disedari oleh ramai dikalangan ahli jamaah... dan ini merupakan satu kejutan kepada mereka. Kebanyakan daripada mereka merasa bertuah kerana dapat bersama-sama dengan Tuan Guru untuk bersahur, solat subuh dan mendengar tazkirah daripada Tuan Guru. Semoga malam-malam yang masih berbaki ini mempertemukan kita dengan Lailatul Qadar




4 comments:

mohad said...

salam... selamat aidilfitri 2008

Anonymous said...

salam...
program yg amat menarik..
semoga sama2 mendapat keberkatan..

=)

Anonymous said...

berbondong2 deh antar pos...meh nak komen skit...tahian la buat pasti al-ahmadi...eh silap...masjid al-ahmadi sebab berjaya wat program gitu...
terharu tengok ayah zik...low profile...
ore sini meme respek ko Tok Guru..bangga ambo jadi ore klate...kerabat raja jembal lagi...
akhir kalam...selamat ari raya...maap zahir batin...duit raya jangan lupa untuk orang jauh nieee...

Anonymous said...

abe nop msuk jugop dio tuh dle gambar..~
tengop ayoh rilex ja..