03 November 2009

...dan dari air. Kami jadikan sesuatu yang Hidup.(al-Ambiya':30)

31 August 2009

~Kalau begini Polis kita, Jahanamlah Malaysia~

Dakwaan penjenayah kuasai polis: Sikap KPN dipertikai

Abdul Aziz Mustafa
Sun | Aug 30, 09 | 6:29:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini,

(Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra

Sumber :HarakahDaily.Net

16 July 2009

~Muhasabahlah Atas Kemenangan Ini~

PAS menang di MU dengan majoriti 65 undi merosot sebanyak 1287 undi majoriti pada PRU 12 baru ini. Walaupun banyak faktor yang boleh kita jadikan alasan diatas kemenangan ini namun banyak juga faktor yang perlu dimuhasabahkan oleh kita semua.
PRK N-41 meyaksikan banyak perkara yang tidak pernah kita jumpa didalam siri-siri pilihanraya yang lepas. Kita perlu sama mengakui bahawa PRK Manek Urai penuh dengan suasana kelam, ikatan jamaah yang longgar, suasana ukhwah yang mengecam, tiada semangat wala' dan patuh kita, jauh sekali menyantuni pimpinan.
Sepatutnya satu saf yang padu lagi membatu dicipta untuk mengasak musuh rapat ke dinding. Bukannya dengan sesuka hati menetapkan ada yang boleh ceramah dan ada yang tidak boleh berceramah, senarai yang boleh hadir dan juga yang tidak boleh hadir, ada yang boleh dicetak poster dan ada juga yang diharamkan cetak. Ini bukan perang pilihanraya
Maaflah, sikap angkuh dan sindir menyindir janganlah diulang lagi kerana musuh senang berkira-kira. Marilah, bermuhasabah bersama ambil yang jernih buang yang keruh... .

18 June 2009

~Kerajaan Perpaduankah?~

Kerajaan perpaduankah?, kalau kita masih ingat kita pernah ditendang keluar dari gagasan Perikatan, kerajaan perpaduan kah?, satu ketika dulu melayu seagama ditembak syahid di Memali, kerajaan perpaduankah? bila kita melayu serumpun diganyang umpama bangsa pendatang dinafikan hak mendapat peruntukan kebajikan, kerajaan perpaduankah? bila Islam di jadikan alat untuk mencapai ketinggian politik mereka. Berikan dulu kami peluang-peluang dan hak kami sebelum menyambut cadangan kerajaan perpaduan.

Penin, penin kami dibuatnya...

14 June 2009

~Ahmadinejad pemimpin berwajah rakyat~

Laporan hari ini ternyata berpihak kepada Ahmadinejad yang kekal sebagai presiden Iran. Daripada 78% jumlah undi yang dikira sehingga ini Ahmadinejad sudah mendapat 64.9% undi berbanding dengan Moussavi yang memperolehi 32% undi. Kira-kira tidak sampai 25% undi saja yang belum kira. Setakat ini menurut Menteri Dalam Negeri Iran, Seyed Sadeq Mahsouli seramai 70% daripada 46 juta rakyat Iran yang layak mengundi keluar mengundi.

Keputusan hari ini tentulah mengejutkan Moussavi dan para penyokongnya. Kalau Moussavi yang menang Iran pasti akan dijajah oleh pemikiran dan politik cara Barat. Dan yang pastinya Amarika tidak akan mengiktiraf kemenangan pemimpin berwajah rakyat ini.


p/s: Ahmadinejad bukanlah idola saya... cuma suka kepada karisma dan kesederhanaan watak yang nampak ikhlas dan jujur. Perwatakannya juga tidak hipokrit, tidak suka bermewah-mewah dan tidak juga bercakap besar dan yang penting... beliau seorang yang anti Amarika... go! go! Ahmadinejad

01 June 2009

~Mereka-mereka yang masuk bertanding~

Dengan ini diistiharkan mereka-mereka yang masuk bertanding blog terbaik 09 anjuran dari pandangan mata iaitu seramai/sebanyak 9 blog, kiro banyok doh nih, mereka ialah......:

1-ada abdullah.blogspot.com
2-niktkahnikabdullah.blogsport.com
3-misswanaa.blogspot.com
4-semerahjembal.blogspot.com
5-al-khazaain.blogspot.com-hok ni nih tok tahu dio nok masuk ko dok sebab dio bui komen jadi kiro masuklah mugo takut malu nok daftar kan.
6-mawardahmaira.blogspot.com
7-lot1066.blogsport.com
8-missqi3mah.blogspot.com
9-myahli.blogspot.com-hok ni tok tahu puok mano sapo punyo blog sebab dio daftar last sekali kito kiro masuk jugok lah..


anda semua akan diberi komen tentang blog anda dari masa ke semasa, lebih kurang pengkeritik jugok laa nih, penganjur adalah kebal daripada sebarang marah-marah dan rasa tak puas hati, blog pengkeritik tidak boleh dikeritik ia adalah kebal daripada sebarang keritikan,
I'm sorry....