28 April 2008

Angkat sumpah Ahli Parlimen

Tahniah kepada semua wakil rakyat yang dipilih dalam PRU 12 baru ini, terutamanya 23 Ahli Parlimen dari PAS yang mengetegahkah general-general besar PAS peringkat pusat iaitu Presiden-Marang, Timbalan Presiden -Bachok, Setiausaha Agung -Tumpat, Ketua Penerangan Pokok Sena, Bendahari -Kuala Krai dan Ketua Pemuda - Kubang Kerian. Selain itu 3 wakil Muslimat iaitu Dr Lo'lo Dato Ghazali -Titiwangsa, Dr Siti Mariah Mahmud -Kota Raja dan Siti Zailah Yusoff -Rantau Panjang.

Persidangan yang dijadualkan selama 16 hari bermula esok itu dijangka akan menjadi medan perbahasan yang seimbang diantara kerajaan dan pembangkang ekoran pertambahan wakil rakyat yang mewakili pembangkang atau Pakatan Rakyat.

Dewan Negeri Kelantan juga pada hari ini telah melantik Adun Meranti iaitu Ustaz Nasaruddin bin Daud (ustaz ambo dulu) sebagai speker Dewan Undangan Negeri yang baru menggantikan Cikgu Rahim yang mewakili Parlimen Kota Bharu. Disamping kesemua wakil rakyat negeri Dun kelantan juga hari ini mengangkat sumpah sebagai ADUN.

Ura-ura kata ada nak boikot angkat sumpah nampaknya cerita kosong saje....

27 April 2008

Arisya Insyirah genap 2 tahun

27 April adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran yang kedua tahun anak kawe yang keempat (bongsu buat masa sekarang), sambutan cukup meriah dengan 1 biji kek dan juadah satey RM20.00

26 April 2008

Hari ini belajar web blog

Assalamualaikum wbkth.
Hari ini saya dijemput menghadiri kursus membina web blog Expresi mencipta blog , di Pejabat PAS Kelantan anjuran DPPNK, seumur hidup hari ini baru saya mempunyai blog sendiri, walaupun dunia tanpa sempadan ini sudah sedekat saya manafaatkan. Menyedari tentang kepentingan dunia blogers ini dalam masa kini sehinggakan dalam pilihanraya ke 12 baru ini UMNO dan BN hampir lupus di dunia ini dibuatnya. Kursus pada hari ini turut menampilkan seorang penulis dan seorang bloger iaitu Saudara Lutfi -pengarang Harakah dan Tuan Sheikh Kickdefella. Insyaallah saya akan terus komited mengisi ruang-ruang blog ini khususnya didalam menyampaikan info dan berkongsi maklumat serta pandangan daripada sahabat semua dan untuk pertamakalinya sekian dulu dan tak lupa kepada DPPNK yang menganjurkan kursus pada hari ini
Sekian, wassalam