28 December 2008

~Selamat menyambut Awal Muharram 1930 hijrah~







Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini, kita sama-sama berdoa semoga mendapat berkat dan dimurahkan rezeki .

20 December 2008

~Kehadiran ahli keluarga baru~


Tarikh :20 Disember 2008 Jam :4.54 pagi

Jantina :Perempuan Berat :3.16 kg

Bilangan anak : ke-5

Tempat lahir: HUSM

Nama : -belum ada- (ada cadangan ke?)

Bertambah seorang lagi puteri dalam keluarga kami, 2 putera-3 puteri, semoga rezeki kami melimpah ruah bersama dengan rahmat dari Allah swt.

Alhamdulillah

17 December 2008

~Selamat pulang ke Tanah Air~

Lama sudah rasanya tidak mengisi ruang-ruang di blog ini... demi sesungguhnya masa, kita tidak mampu mengejarnya, kalaulah boleh dijadikan 30 jam sehari, alangkah bagusnya, tapi bila kita mampu?.
Musin Haji berlalu pergi, kepulangan para jemaah disambut dengan kesyukuran, semoga nanti saya juga beroleh menunaikan haji yang mabrur.
Bagi menyambung pandangan dan nukilan diblog ini bersempena dengan musim kepulangan jemaah haji, saya tekad untuk terus berceloteh.

Selamat pulang ke Tanah Air,
semoga kita beroleh haji yang mabrur.