05 October 2008

Gathering MML-SPM92

Setiap kali raya teringat akan sahabat-sahabat semasa sekolah dulu....

Setiap kali nak raya ada orang buat majlis perjumpaan, perhimpunan sanak saudara, majlis reunion alumi pelajar, dan bermacam lagi sambutan untuk menghimpunkan sahabat-sahabat lama, sanak saudara atau ahli-ahli satu-satu pertubuhan.
Setiap tahun kebelakangan ini juga, mata ini selalu melihat kalau-kalau ada kain rentang ditepi-tepi jalan, telinga ini juga seringkali memasang pendengaran siaran radio, manatahu takut-takut ada satu majlis perjumpaan menghimpunkan sahabat-sahabat semasa sekolah dulu... tapi tak kedapatan sehinggakan aku menerima satu SMS yang diforward-forwardkan.

Dan pada malam itu hampir 50 orang sahabat-sahabat diketemukan kembali setelah hampir 15 tahun tidak berjumpa, tak sangka pula kebanyakannya hadir pada malam itu. Pada malam itu kami kumpulkan data-data untuk kami buat next gathering. Semuanya ada kerjaya yang hebat, ada jadi lawyer, guru dan pensyarah, bisnesman, wartawan, printing, kontraktor besar, pondok tahfiz, penjual kurma, pengedar kerpok losong, kacau kueh tiew pasar malam, Jabatan Pendakwaan, buat software, ahli bomba, warden penjara, pusat serenti, JAWI dan juga Qadi Besar. Kebanyakan kami sudah berumah tangga dan ada anak paling rami 5 orang dan yang hebatnya ada juga yang kawin 2 tengah planing nak tambah lagi sorang. Kami bersurai jam 2 pagi. Kepada sahabat-sahabat yang melawat blog aku ni, bolehlah tinggalkan komen atau e-mailkan apa-apa yang patut kat aku, sekurang-kurangnya kami tahu anda masih hidup.

Data yang dapat dikumpul

Tokey kerpok lekor naik ALPARD

Arinta Jabatan Pendakwaan Negara

Yuhaisham the kaki lawak kerja dekat UIA

Exited sebab lama tak jumpa Syukri dan Ayahanda

Penolong Pengarah JAWI

Suhaimi lawyer di Wrigglesworth & Co

Bersama Qadi Besar Kota Bharu

Menjadi kenangan bersama