28 April 2009

~Setahun usia blog- Tiga tahun usia Arisyah~

27 April genap usia Arisyah Insyirah 3 tahun, sama macam tahun lepas beli kek sebijik dan juadah sate RM25 tambah 5 ringgit daripada tahun lepas biasalah 'Barang Naik'. Apa-apa pun tahun ni bertambah lagi sorang adik beradik mereka jadi 5, Amanie Tasnim berusia 5 bulan


26 April 2009

~Tahniah Kelantan~

Tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana telah berjaya ke Final piala F.A. Walaupun tewas dengan sepakan penalti selepas seri 1-1 kepada Selangor namun game pada hari semalam seronok untuk di 'layan' . Saya semalam meyaksikan di skrin besar DPPC di PurnamaPC, kehadiran pemuda yang tidak ke Stadium Bukit Jalil cukup ramai, gegak gempita bangunan Purnama dengan sorakan dan aksi-aksi penyokong, kehadiran di'anggarkan' seramai 3000 orang (fikir seperti laporan RTM dan TV3).

Kalah menang adat pertandingan.

Kepada Pengerusi KAFA Datok Seri Anuar Musa anda sememangnya berbakat dan layak untuk jaga bola, tahniah juga kepada Datok. Teruskan usaha Datok bo laaa main politik.

GOMO KELATE GOMO (ado lagi ko slogan ni?)