30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 h

1 Syawal 1429 hijrah.... saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada pengunjung-pengunjung 'dari pandangan mata' seperti....
Al-Khazain
mr ali sabki
misstikah
lot 1066
semerah jembal
nik nabil retro
sangkidal
miswana
misshakimah
adaabdullah
tak lupa kepada juga
nikabduh,
cenelmasjid-ijad,
dts-media,
pemudapc,
awalah dongdeng,
memori yang kekal,
hayat2u
dan kepada semua yang tidak ingat disebut(harap maaf).
Dikesempatan ini juga ucapan selamat hari raya kepada kedua ayahanda dan bonda, adik-beradik yang ramai itu, anak dan isteri, ipar dan biras, mertua dan seangkatannya, anak-anak saudara, sahabat handai dan semua orang-orang kampung, hanya permohonan ampun dan maaf dipinta semoga hari raya ini tiada lagi kesalahan sesama kita... juga kepada kuda-kuda peliharaan harap maaf sebab tak beri makan dan minum hari itu....

20 September 2008

Bersahur Bersama TG Menteri Besar

Pagi 20 Ramadhan (sebentar tadi) saya berkesempatan bersahur bersama dengan Tuan Guru Menteri Besar di Masjid Al-Ahmadi mukim Tebing Tinggi yang terletak di dalam DUN Chempaka.Tuan Guru juga merupakan ADUN Chempaka
Program ini adalah merupakan program 'Jelajah Lailatul Qadar' yang mana diadakan 10 malam akhir dimasjid ini. Bermula jam 4 pagi, lebih 70 orang jemaah Qaryah yang hadir dimulai dengan solat-solat malam. Ketibaan Tuan Guru Menteri Besar tidak disedari oleh ramai dikalangan ahli jamaah... dan ini merupakan satu kejutan kepada mereka. Kebanyakan daripada mereka merasa bertuah kerana dapat bersama-sama dengan Tuan Guru untuk bersahur, solat subuh dan mendengar tazkirah daripada Tuan Guru. Semoga malam-malam yang masih berbaki ini mempertemukan kita dengan Lailatul Qadar




13 September 2008

Gelagat anak-anak di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan kali ini disambut dan dihayati dengan penuh keinsafan, bulan yang penuh dengan keampunan dan rahmah Allah swt. Pandangan KP Ustaz Nik Abduh tentang bulan Ramadhan hendaklah disebut sebagai bulan Ramadhan bukannya bulan puasa kerana Ramadhan bukan hanya bulan menahan lapar dan dahaga. Hilang habis kelebihan Ramadhan sebagai bulan yang penuh gilang gemilang. Serulah ia dengan bulan Ramadhan.
Ramadhan kali ini Baihaqie mula belajar berpuasa sehingga ke hari ini cukup 13 hari dia berpuasa, belum tinggal atau ponteng puasa.
Walaupun ada pada suatu kali dia minta nak minum, dahaga katanya, letihlah, tok cekaklah, orang lain tak puasalah macam-macam katanya... tapi begitulah belajar berpuasa... puasa tetap kena puasa tak ada orang lagi yang mati kerana berpuasa, satu hari puasa bersamaan RM2.00, sebulan dia akan dapat RM60.00 (sebagai duit raya) tapi kalau tak puasa satu hari potong RM4.00.
Masa susah sikit masa nak kejutkan bangun sahur, jam 5 pagi punyalah syok tidurnya tiba-tiba kita kejutkan... masa makan sahurpun mata pejam tangan entah mengaga kemana... itulah Baihaqie... anak kawe hok sulung...
Atiq pulak kalau masa dia sahur esoknya dia puasa separuh hari, dekat Pasti sebab dia tak makan (cikgu dia cakap), balik rumah selongkar peti ais tapi bila dia tak sahur boleh pulak tahan sampai orang berbuka... pelik jugak ye... tapi begitulah budak-budak macam kita semua dulu... (macam sayalah) yang adiknya pulak Aisyah setiap hari puasa... tapi masa makan coklat bila tanya puasa ke tak masih lagi juga jawab dia puasa.. tak apa lah. Arisya anak yang bongsu tak payah cerita la.. tak tahu apa-apa apa itu puasa.
Hingga ke pertengahan Ramadhan ini nampaknya tak la teruk sangat dia orang berpuasa, senang sikit bangun sahur, siangnya tak nampak letih sangat.
Ramadhan ini juga buat julung-julung kalinya saya 'ter'jadi imam terawih di sebuah surau dekat kampung.
Disini dipastekan gambar gelagat anak-anak

Gelagat Baihaqie masa bersahur... mata tu pejam lagi


Pose 3 beradik

Arisya jadi superman main badminton

Arisya.. masih tak tahu apa itu puasa walaupun bangun bersahur


Aisyah Elly-Yin





Harapnya semoga anak-anak semua berpakat dan bertolak ansur setiap masa dalam setiap perkara... hingga demo semua besar lah.. Hak besar kena jaga hak kecik, hak kecik kena hormat hak besar... gitu adanya


Atiqullah must be no 1


Pose bersama sepupu dan mak sedaro mereka

03 September 2008

Hari Kemerdekaan ke 51..MERDEKA!


Pada 31 Ogos 2008 baru ini, sehari sebelum Bulan Ramadhan 1429 hijrah, sambutan kemerdekaan pada pagi itu diserikan dengan acara perbarisan. Tanpa banyak kata-kata saya tampilkan gambar-gambar pada hari itu yang mana saya bersama 12 anggota Unit Amal Pengkalan Chepa telah mengambil bahagian (dipinjam) mewakili Urusetia Pembangunan Wanita Belia dan Sukan Negeri Kelantan.