10 July 2008

678 Protes


6 haribulan 7 tahun 2008 atau ada yang mengatakan Protes 678 merupakan tarikh dimana satu juta (1,000,000) rakyat Malaysia berkumpul bagi memprotes kenaikan harga minyak yang tinggi... 1 juta rakyat adalah bersamaan 28 peratus jikalau penduduk Malaysia sekarang ini berjumlah 28 juta orang dan memerlukan 20 buah stadium Kelana Jaya untuk memuatkannya.
Merekan yang hadir adalah merupakan mereka yang berkesempatan untuk hadir dengan kesedaran bahawa harga minyak patut diturunkan memandangkan Malaysia adalah pengeksport dan negara pengeluar minyak di rantau ini.

Bermain dalam benak kepala protes ini mungkin mencabar ketahanan mental dan fizikal terutamanya mereka yang bernama Unit Amal Malaysia. Kalau dulu dalam Himpunan Bersih kita diasak segasak-gasaknya. Seingat saya Himpunan Bersih 10 haribulan 11 tahun lalu dirancang 6 bulan sebelumnya, promosi bersih dijelajahkan keseluruh negara; peristiwa di Batu Buruk, Kuala Terengganu meledakkan gempitan Bersih secara menyeluruh. Kerajaan BN jadi gelabah dan tak tentu arah. Sehari sebelum Bersih dijelmakan UAM bergerak melalui setiap ruang yang ada untuk ke Kuala Lumpur bagi menabur bakti terhadap negara ini yang menuntut suatu pilihanraya demokrasi yang bersih dan adil.

Unit Amal Kelantan sedari awal lagi diawasi dan diprovokasi oleh mata-mata kerajaan, kami bertolak melalui jalan 'rail besi', bermula dari stesen Wakaf Baru 1/2 gerabak, stesen Pasir Mas 1/2 gerabak, sampai di stesen Tanah Merah 3 gerabak seterusnya Kuala Krai dan Gua Musang, jadilah pada malam itu gerabak-gerabak manusia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Menyahut seruan daripada BERSIH. Jadilah Kuala Lumpur hari itu seratus ribu (100,000) himpunan.

678 Protes, satu lagi himpunan yang bakal menyaksikan rakyat marhaen digerakkan untuk dikumpul satu juta orang di dalam sebuah stadium yang muat 50 ribu orang. Ingatkan mental dan fizikal ini tercabar sesungguhnya, tiba-tiba aje hati manusia yang hadir jadi kosong tidak berroh. Habis hilang pergi semangat demo di dalam hati... bukan dirobek oleh pihak lawan tetapi dikelar oleh sesama kawan... . rentetan 678 Protes ini menimbulkan berbagai polimik, apakah sudah tidak releven PAS dalam Pakatan Rakyat bila masing-masing mahu menegakkan benang yang basah. PAS seadanya masih bersikap sederhana walaupun UA dipersalahkan. Kita menerima atas kata kita meninggalkan medan perjuangan tetapi sebaliknya kita disanjung dan dijulang kerana mempertahankan dasar dan pendirian kita.

Masih adakah ruang untuk kita memperjuangkan Islam didalam Pakatan ini kalau sebegini hal pun kita sudah tidak sehaluan. Nukilan Ketua Pemuda saya ada benarnya, inilah perkara yang menjadi bengkak didalam sudah pecah dan terkeluar. Lebih baik bersendirian daripada berumah tetapi mendatangkan seribu masalah. Harapan hanyalah pada Allah, Dia yang menyusun dan Dia juga yang menentukan. Pada pimpinan buatlah sesuatu agar gerakan Islam ini menjadi gerakan yang benar-benar dapat menyelesaikan masalah umat.

1 comments:

ijad said...

salam... apa khabar sekarang...