04 May 2008

Pemuda vs. Dewan Pemuda

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa dan Jawatankuasa Lajnah Belia dan Sukan (termasuk kawe salah seorang AJK lajnah) yang telah menganjurkan satu pertandingan tertutup Liga Futsal Pemuda Pengkalan Chepa pada 1 Mei baru-baru ini , penyertaan sebanyak 60 pasukan dari seluruh Parlimen Pengkalan Chepa berlangsung di KB Futsal Arena, Padang Tembak. Satu daripada pendekatan yang berkesan untuk mendekati golongan muda.
Tetapi yang sedikit mendukacitakan kawe daripada seramai 350 orang itu selain AJK DPPPC tak sampai 10 orang pun yang menunaikan solat Zohor dan Asar secara berjamaah bersama kami (tak tahulah kalau mereka solat asing-asing, tapi dekat mana ye?).
Kawe rasalah ini adalah satu cabaran yang besar buat Dewan Pemuda Pengkalan Chepa khasnya untuk memenuhi jiwa-jiwa muda ini kearah mendekatkan diri dengan Allah dan menunaikan solat. Mana mungkin golongan Melayu yang mengaku Islam mengabaikan solat....

5 comments:

ali sabki said...

dok rok, kalu dok leh masuk final.

Anonymous said...

Biasalah budak-budak sekarang lebih utamakan main daripada solat..

Anonymous said...

Inilah kesan daripada peninggalan dasar penjajah dan diwarisi oleh UMNO

Sang Kidal said...

dekatilah golongan muda, tarbiahlah mereka, kerana mereka itu akan mewarisi apa yang ada kelak

Nara Nir said...

ambo setuju blako hok demo royat.
tapi silap la,,,,sepatutnya buat pertandingan fitsal dan solat bersama..
baru tahu demo hok mari tu nok semaye
ko ghano...hehehe