28 April 2008

Angkat sumpah Ahli Parlimen

Tahniah kepada semua wakil rakyat yang dipilih dalam PRU 12 baru ini, terutamanya 23 Ahli Parlimen dari PAS yang mengetegahkah general-general besar PAS peringkat pusat iaitu Presiden-Marang, Timbalan Presiden -Bachok, Setiausaha Agung -Tumpat, Ketua Penerangan Pokok Sena, Bendahari -Kuala Krai dan Ketua Pemuda - Kubang Kerian. Selain itu 3 wakil Muslimat iaitu Dr Lo'lo Dato Ghazali -Titiwangsa, Dr Siti Mariah Mahmud -Kota Raja dan Siti Zailah Yusoff -Rantau Panjang.

Persidangan yang dijadualkan selama 16 hari bermula esok itu dijangka akan menjadi medan perbahasan yang seimbang diantara kerajaan dan pembangkang ekoran pertambahan wakil rakyat yang mewakili pembangkang atau Pakatan Rakyat.

Dewan Negeri Kelantan juga pada hari ini telah melantik Adun Meranti iaitu Ustaz Nasaruddin bin Daud (ustaz ambo dulu) sebagai speker Dewan Undangan Negeri yang baru menggantikan Cikgu Rahim yang mewakili Parlimen Kota Bharu. Disamping kesemua wakil rakyat negeri Dun kelantan juga hari ini mengangkat sumpah sebagai ADUN.

Ura-ura kata ada nak boikot angkat sumpah nampaknya cerita kosong saje....

1 comments:

hakimah said...

silA lAwati blOg sayA..tErimA kAsih..^_^