18 June 2008

Jambori Amal Kebangsaan ke 16

Assalamualaikum,
Salam hari ibu dan salam hari bapa…

Sebulan lamanya aku tidak memenuhi ruang blog ini. Kerja yang bertimbun dan komitmen yang terlampau banyak lagi penting perlu di bereskan sebaik mungkin dan penuh dengan ketelitian- Satu Tender Kementerian. Dalam keadaan itupun masih sempat menyertai satu program besar iaitu Jambori Amal Kebangsaan ke 16 di Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak pada 30 Mei -1 Jun 2008 baru ini.

Kg. Sayong yang terkenal dengan labu sayongnya adalah merupakan tempat tumpah darah seorang sahabat yang sama-sama dulu belajar di Maahad - Ruhayat bin Mohd Nazir. Seumur hidup ini baru sekali aku pijakkan kaki ke Kg Sayong walaupun masih belum dapat mengatasi jumlah pijakan kaki Hayat ke tanah dan rumah aku.

Walaupun Hayat tidak ada di Kampong Sayong, tetapi kedatanganku dimaklumkan kepada keluarganya di Sayong Tengah (jiran Sayong Lembah). Ayahnya seorang ketua PAS Cawangan Sayong Tengah begitu cekal dalam perjuangan, walaupun disekeliling kawanan rumahnya adalah ‘kampung UMNO’ namun semangat askar pencen ini tidak kenal erti mengalah dalam perjuangan-walaupun PAS tidak pernah menang walaupun sekali.

Jambori Amal ke 16 ini adalah merupakan Jambori Amal yang pertama pernah aku sertai walaupun ‘pesen-pesen’ jambori ini adalah sama dengan ‘pesen-pesen’ perkhemahan yang acap sangat disertai semasa menyertai Pasukan Kadet Polis di Maahad dulu. Aku bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan Amal Kelantan diamanahkan membawa kontingen Kelantan yang seramai 80 anggota… juga baru pertengahan tahun lepas dilantik ALP Negeri.

Walaupun tidak mendapat tempat terbaik keseluruhan tapi masih boleh berbangga dengan pencapaian tempat dalam acara-acara tertentu; Johan dalam futsal A, naib johan kawad kaki dan iron man dan ketiga acara berkayak dan gejet.

Jambori Amal kali ini begitu berharga dan bersemangat kerana penyertaan yang seramai 3000 orang kader-kader amal dari seluruh Negara.


1 comments:

Anonymous said...

kalu kare panje lagi pong eh.. sedak sikik nok baco.