12 August 2008

Jalan-Jalan di Muktamar Perabot PWTC

Baru-baru ini pada 28 - 30 Julai 2008 saya sempat melawat pameran reka bentuk perabot dan juga 'International Conference' yang diadakan di PWTC. Pameran ini lebih menekankan kepada proses mewujudkan rekabentuk baru.
Apa yang diperolehi disini ialah pasaran perabot bagi luar negara sangatlah besar peluangnya. Malaysia masih lagi ketinggalan jauh kebelakang, satu ketika dulu Malaysia berada dirangking yang agak baik berbanding China dan Vietnam tapi sekarang mereka dah berada diatas kita. Malaysia masih ketinggalan dari banyak segi.
Bidang perabot ni boleh dikira saya minat juga la. Jadi sambil-sambil tu datang KL 2-3 hari singgah sekejap di PWTC dan diweblog ini disertakan sedikit gambar-gambar di pameran itu.

10 July 2008

678 Protes


6 haribulan 7 tahun 2008 atau ada yang mengatakan Protes 678 merupakan tarikh dimana satu juta (1,000,000) rakyat Malaysia berkumpul bagi memprotes kenaikan harga minyak yang tinggi... 1 juta rakyat adalah bersamaan 28 peratus jikalau penduduk Malaysia sekarang ini berjumlah 28 juta orang dan memerlukan 20 buah stadium Kelana Jaya untuk memuatkannya.
Merekan yang hadir adalah merupakan mereka yang berkesempatan untuk hadir dengan kesedaran bahawa harga minyak patut diturunkan memandangkan Malaysia adalah pengeksport dan negara pengeluar minyak di rantau ini.

Bermain dalam benak kepala protes ini mungkin mencabar ketahanan mental dan fizikal terutamanya mereka yang bernama Unit Amal Malaysia. Kalau dulu dalam Himpunan Bersih kita diasak segasak-gasaknya. Seingat saya Himpunan Bersih 10 haribulan 11 tahun lalu dirancang 6 bulan sebelumnya, promosi bersih dijelajahkan keseluruh negara; peristiwa di Batu Buruk, Kuala Terengganu meledakkan gempitan Bersih secara menyeluruh. Kerajaan BN jadi gelabah dan tak tentu arah. Sehari sebelum Bersih dijelmakan UAM bergerak melalui setiap ruang yang ada untuk ke Kuala Lumpur bagi menabur bakti terhadap negara ini yang menuntut suatu pilihanraya demokrasi yang bersih dan adil.

Unit Amal Kelantan sedari awal lagi diawasi dan diprovokasi oleh mata-mata kerajaan, kami bertolak melalui jalan 'rail besi', bermula dari stesen Wakaf Baru 1/2 gerabak, stesen Pasir Mas 1/2 gerabak, sampai di stesen Tanah Merah 3 gerabak seterusnya Kuala Krai dan Gua Musang, jadilah pada malam itu gerabak-gerabak manusia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Menyahut seruan daripada BERSIH. Jadilah Kuala Lumpur hari itu seratus ribu (100,000) himpunan.

678 Protes, satu lagi himpunan yang bakal menyaksikan rakyat marhaen digerakkan untuk dikumpul satu juta orang di dalam sebuah stadium yang muat 50 ribu orang. Ingatkan mental dan fizikal ini tercabar sesungguhnya, tiba-tiba aje hati manusia yang hadir jadi kosong tidak berroh. Habis hilang pergi semangat demo di dalam hati... bukan dirobek oleh pihak lawan tetapi dikelar oleh sesama kawan... . rentetan 678 Protes ini menimbulkan berbagai polimik, apakah sudah tidak releven PAS dalam Pakatan Rakyat bila masing-masing mahu menegakkan benang yang basah. PAS seadanya masih bersikap sederhana walaupun UA dipersalahkan. Kita menerima atas kata kita meninggalkan medan perjuangan tetapi sebaliknya kita disanjung dan dijulang kerana mempertahankan dasar dan pendirian kita.

Masih adakah ruang untuk kita memperjuangkan Islam didalam Pakatan ini kalau sebegini hal pun kita sudah tidak sehaluan. Nukilan Ketua Pemuda saya ada benarnya, inilah perkara yang menjadi bengkak didalam sudah pecah dan terkeluar. Lebih baik bersendirian daripada berumah tetapi mendatangkan seribu masalah. Harapan hanyalah pada Allah, Dia yang menyusun dan Dia juga yang menentukan. Pada pimpinan buatlah sesuatu agar gerakan Islam ini menjadi gerakan yang benar-benar dapat menyelesaikan masalah umat.

21 June 2008

Secebis Kenangan Sekitar Jambori Amal Kebangsaan ke 16

Bendera Kelantan



Saudara Hanif Pengarah Jab. Amal Kelantan

Ketibaan MB Nizar

Pemeriksaan Perbarisan

Mewakili Kontinjen Kelantan


Hj. Nazir Ketua Cawangan Sayong Tengah
ayah seorang sahabat: Ruhayat

Halaman rumah Hj Nazir

Sempat dibawa keliling kampong naik motor, sempat
singgah kilang proses kraf dari tanah dan labu sayong

Pukul 1 pagi tebang buluh buat gajet,
berbaloi ke dapat no. 3?

Test gajet hari last

Mengabadikan kenangan bersama anggota unit amal dari Gua Musang.
Gambar pakcik ni pernah masuk dalam sebuah blog dan sebuah jurnal dari
kickdefella: wajah pemimpin

Pasukan kawad dari kontinjen Kelantan semuanya dari
kawasan Pengkalan Chepa (MADA)


Unit Amal cilik dari Pulau Pinang

Bersama YB Salahudin ketika melawat khemah Kelantan.
Budok Mat Ali pun ada jugok

Perasmian Pembukaan oleh Timbalan KP Pusat



Pasukan Kayak/Iron man tempat kedua
bele-bele tokse maing

18 June 2008

Jambori Amal Kebangsaan ke 16

Assalamualaikum,
Salam hari ibu dan salam hari bapa…

Sebulan lamanya aku tidak memenuhi ruang blog ini. Kerja yang bertimbun dan komitmen yang terlampau banyak lagi penting perlu di bereskan sebaik mungkin dan penuh dengan ketelitian- Satu Tender Kementerian. Dalam keadaan itupun masih sempat menyertai satu program besar iaitu Jambori Amal Kebangsaan ke 16 di Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak pada 30 Mei -1 Jun 2008 baru ini.

Kg. Sayong yang terkenal dengan labu sayongnya adalah merupakan tempat tumpah darah seorang sahabat yang sama-sama dulu belajar di Maahad - Ruhayat bin Mohd Nazir. Seumur hidup ini baru sekali aku pijakkan kaki ke Kg Sayong walaupun masih belum dapat mengatasi jumlah pijakan kaki Hayat ke tanah dan rumah aku.

Walaupun Hayat tidak ada di Kampong Sayong, tetapi kedatanganku dimaklumkan kepada keluarganya di Sayong Tengah (jiran Sayong Lembah). Ayahnya seorang ketua PAS Cawangan Sayong Tengah begitu cekal dalam perjuangan, walaupun disekeliling kawanan rumahnya adalah ‘kampung UMNO’ namun semangat askar pencen ini tidak kenal erti mengalah dalam perjuangan-walaupun PAS tidak pernah menang walaupun sekali.

Jambori Amal ke 16 ini adalah merupakan Jambori Amal yang pertama pernah aku sertai walaupun ‘pesen-pesen’ jambori ini adalah sama dengan ‘pesen-pesen’ perkhemahan yang acap sangat disertai semasa menyertai Pasukan Kadet Polis di Maahad dulu. Aku bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan Amal Kelantan diamanahkan membawa kontingen Kelantan yang seramai 80 anggota… juga baru pertengahan tahun lepas dilantik ALP Negeri.

Walaupun tidak mendapat tempat terbaik keseluruhan tapi masih boleh berbangga dengan pencapaian tempat dalam acara-acara tertentu; Johan dalam futsal A, naib johan kawad kaki dan iron man dan ketiga acara berkayak dan gejet.

Jambori Amal kali ini begitu berharga dan bersemangat kerana penyertaan yang seramai 3000 orang kader-kader amal dari seluruh Negara.


15 May 2008

Senarai Jawatankuasa Unit Amal Pengkalan Chepa

Pengarah : Zahari bin Sulaiman
Tim. Pengarah : Zamri bin Mohd Nor
Setiausaha : Nik Asmawie Nik Abdullah
Bendahari : Mohd Saifudin bin Mohd Nashir AJK Penyelaras DUN

Penyelaras DUN

Chempaka
Ketua : Nik Asmawie Nik Abdullah
Pembantu : Zamri bin Mohd Nor
Panchor
Ketua : Mohd Saifudin bin Mohd Nashir
Pembantu : Mohd Razli bin Mamat
Kijang
Ketua : Malik bin Nor
Pembantu : Hassan bin Yusuff

AJK/Anggota Tetap

1. Nik Amidudin bin Nik Abdullah (Chempaka)
2. Roslan bin Saleh (Chempaka)
3. Nik Muhammad Nabil bin Nik Saleh (Chempaka)
4. Zulkiflee bin Mamat (Chempaka)
5. Nik Najmi bin Nik Saleh (Chempaka)
6. Ahmad Shirin bin Arsyad (Panchor)
7. Mohd Faez bin Abdul Malik (Panchor)
8. Mohd Rafiq (Panchor)
9. Mohd Riduan b Abd. Rahman (Panchor)
10. Wan Mohd Nor (Kijang)
11. W.M Ruslee (Kijang)
12. Abdullah Zubair bin Abdul Mubarok (MADA)
13. Muhamad Yasier bin Mohamad Arib (MADA)
14. Zulafkar (Mardiah Tarbiah)
15. Mohd Zuhdi (Mardiah Tarbiah)

Keanggotaan Pelajar Sekolah Maahad Darul Anwar seramai 35 orang anggota
Maahad Tarbiah Mardiah Panchor seramai 5 orang anggota

04 May 2008

Pemuda vs. Dewan Pemuda

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa dan Jawatankuasa Lajnah Belia dan Sukan (termasuk kawe salah seorang AJK lajnah) yang telah menganjurkan satu pertandingan tertutup Liga Futsal Pemuda Pengkalan Chepa pada 1 Mei baru-baru ini , penyertaan sebanyak 60 pasukan dari seluruh Parlimen Pengkalan Chepa berlangsung di KB Futsal Arena, Padang Tembak. Satu daripada pendekatan yang berkesan untuk mendekati golongan muda.
Tetapi yang sedikit mendukacitakan kawe daripada seramai 350 orang itu selain AJK DPPPC tak sampai 10 orang pun yang menunaikan solat Zohor dan Asar secara berjamaah bersama kami (tak tahulah kalau mereka solat asing-asing, tapi dekat mana ye?).
Kawe rasalah ini adalah satu cabaran yang besar buat Dewan Pemuda Pengkalan Chepa khasnya untuk memenuhi jiwa-jiwa muda ini kearah mendekatkan diri dengan Allah dan menunaikan solat. Mana mungkin golongan Melayu yang mengaku Islam mengabaikan solat....